Kelas Asas Coding @ Scratch : Menukar Costumes pada Sprite
22 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniScratch adalah merupakan salah satu sumber pembelajaran asas bagi individu yang ingin mula untuk mempelajari ilmu Coding. Dengannya, penguna dapat membina pelbagai animasi, permainan dan karya kreatif yang lain. Proses pemrograman yang mudah dan ringkas amat sesuai untuk digunakan setiap peringkat umur.
Pada 21 Februari 2024, PEDi Othman telah menjalankan lagi Kelas Asas Coding dengan mengunakan Scratch. Sub-topik pada hari ini adalah membuat ‘Menukar Costumes pada Sprite’. Sebelum ini pelajar telah diajar cara mengunakan semua costume pada sprite dengan mengunakan Coding kostum berikutnya (next costume) didalam bahagian tampilan (looks). Untuk kelas hari ini pula, mereka diajar untuk mengunakan coding tersebut untuk digabungkan dengan coding lain untuk mengerakkan sprite dari satu titik koordinat ke titik koordinat yang lain.
Untuk itu, kami menggunakan code di gerakan (motion) untuk buat sprite dapat bergerak. Coding ‘go to x : 199 y: -39’ dan ‘glide 10 secs to x : -199 y : -39’ telah ditambahkan sebagai arahan agar sprite bergerak di koordinate y yang sama dan kearah kanan di koordinate x. Kami juga telah memilih coding ketika ditekan ‘any’ di kejadian (event) sebagai arahan bermulanya coding tadi. Dengan hasil gabungan coding ini, dapat membuatkan sprite bergerak dengan lebih lancar dan alami. Diakhir kelas, dengan mengunakan coding yang sama, para pelajar diminta menetapkan satu lagi sprite dengan mengunakan coding yang telah dipelajari tadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: